Friday, 1 March 2013

Lambakan Watak

bayangkan, dalam sebuah buku novel yang menceritakan jalan hidup seorang perempuan penuh dengan watak-watak yang pelbagai bangsa dan umur juga berlatarbelakangkan dinding kehidupan yang berbeza. itulah yang cuba HZ buat. dalam salah satu karya yang HZ mula menulis pada akhir tahun 2012 dan berakhir pada bulan Januari 2013 dalam lebih kurang 600 mukasurat. antara wataknya..

- Hannah Ummu Hani (Hanna/watak utama)
- Han Hershey
- Alex
- Ernie
- Rose
- Damian Hershey
- Putera Amzar
- Denni Jasmine
- Nicholas
- Mennira
- Angelica

- Ayah Fauzan
- Mama Herlina
- Nini
- Ayah Hanafi
- Umi Hani
- Abah
- Ahmad Zafril
- Husna Nasuha/Una
- Kamal*
- Tok Miah
- Kak Salbiah
- Kak Faroha
- Khaleeda
- Sarah*
- Winda*
- Bella
- Fahmi
- Du Hei

- Pengerusi Regan
- Freda
- Lana Najwa
- Viha Haya
- Beth Mahoney
- Andrew the Mustache*
- Ameena
- Jazlin*

- Nurin Hannah
- Putera Rashdan
- Puan Amnah*
- Amira*

- Nur Muhammad Musytaq
- Cahaya Kamila
- Baby Ben
- Ahmad Aqif

*dalam 40 lebih watak. semuanya kerana HZ hendak mencabar diri HZ dalam membawa setiap watak, samada pembaca akan keliru, muntah hijau, mabuk nama (?) cuba teka feedback yang HZ dapat. ohohh!! alhamdulillah.. kebanyakan yang baca semuanya tidak keliru. ting! satu peningkatan (sebab sebelum ini kena kritik teruk-teruk sebab lambakan watak sampai orang keliru.)

*tapi disebabkan ia dijadikan proposal oleh HZ maka HZ perlu memenuhi permintaan editor untuk mengurangkan lambakan watak. itu HZ boleh terima sebab memang ada watak yang tak perlu pun muncul sebenarnya (yang bertanda * tu sudah disingkirkan dan yang lain dalam proses.) .. eheh.. dan satu lagi permintaan.. kurangkan 700 MUKASURAT kepada 300 MUKASURAT!! ohohh.. macamana nak pendekkan cerita yang sudah sedia panjang? kalau pendek nak dipanjangkan mungkin tidak susah sangat.. tapi, kita tak boleh buat peraturan sendiri kan?

*on the way buat novel berlatarbelakangkan banjaran titiwangsa dan rahsia alam. berkisarkan tanjung malim. dalam proses dan akan dihantar juga sebagai proposal. semoga diterima. amin.. (mata panda..)




No comments:

Post a Comment